Monday, September 3, 2012

Ahmad Said Serah Geran Kepada 193 Penduduk Seri Bandi

Antara penerima geran di Bandar Seri Bandi semalam. - Gambar Zulkifli Putra
Sebanyak 200 unit rumah mampu milik berharga RM100,000 ke bawah sedang rancak dibina di wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk memberi peluang kepada penduduk kawasan itu memiliki kediaman sendiri.


Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Mat Daud berkata projek pembinaan yang dilaksanakan anak syarikat Ketengah itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

"Projek perumahan itu dibina di tiga lokasi berasingan iaitu Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah di Dungun, serta Bandar Cherul di Kemaman," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan geran tanah kepada 193 penduduk Bandar Seri Bandi, yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said semalam.



Wan Mat Amin berkata sejumlah 1,896 unit telah diberi geran hak milik selepas pembeli melunaskan bayaran ansuran kepada Ketengah.

"Bakinya 1,961 pula masih dalam proses pembayaran semula kepada Ketengah," katanya.

Ketengah, yang ditubuhkan 30 tahun lepas bagi meningkatkan ekonomi dalam pelbagai bidang seperti perladangan dan pertanian, turut menjual rumah kepada penduduk wilayah itu melalui konsep sewa-jual.

Sehingga kini, Ketengah memiliki 3,857 unit rumah kos rendah yang dijual melalui konsep itu pada harga antara RM25,000 dan RM50,000 setiap satu.


No comments:

Post a Comment