Imbas kembali...laporan akhbar menyebut Shamsiah sebagai Pengarah JHEAT |
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata Samsiah, 54, pada masa ini hanya menjalankan tugas sebagai pengarah jabatan itu dan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) JHEAT.
"Beliau tidak memangku jawatan itu, masa ini hanya menjalankan tugas sebagai pengarah.
"Kuasa melantik Pengarah JHEAT terletak di tangan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Media pada 3 Sept lepas melaporkan Samsiah dilantik sebagai Pengarah JHEAT pada 26 Ogos lepas menggantikan Mohd Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini.
No comments:
Post a Comment