Thursday, September 13, 2012

Kerjasama Bidang Oseanografi Perlu Ditingkatkan Untuk Persaingan

Kerjasama bidang oseanografi antara pelbagai pihak sama ada dalam atau luar negara perlu ditingkatkan bagi memastikan Malaysia mampu bersaing menerokai ilmu lautan, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Beliau berkata kerjasama itu perlu berterusan bagi menjana landasan perbincangan dan titik pertemuan antara mereka yang terlibat dalam bidang berkenaan.

> "UMT mempunyai kepakaran yang diiktiraf suruhanjaya 'Intergovernmental Oceanographic' dan kemudahan penyelidikan osenografi yang lengkap serta bersedia bekerjasama dengan pihak berkaitan menerokai bidang ini, katanya malam semalam

"Kami telah bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalankan kursus asas pegawai osenografi sejak 2003 dan menjadi salah satu kerjasama penting bagi kami," katanya pada majlis penutup Kursus Asas Oseanografi Pegawai Hidrografi TLDM Siri 5 (2012) di Kuala Terengganu.

Teks ucapan beliau dibacakan Penolong Naib Canselor UMT, Prof Dr Mohd Effendy Abdul Wahid. Seramai 10 Pegawai Hidrografi TLDM menyertai kursus selama 22 hari itu. UMT mempunyai sebuah institut khas dalam bidang tersebut iaitu Institut Oseanografi dan Sekitaran yang ditubuhkan tahun lepas.

No comments:

Post a Comment