Kebakaran pada pukul 2 pagi itu bukan sahaja mengakibatkan rumah Mohamad Adnan Hasbullah, 52, musnah, malah turut meranapkan bahagian atas rumah bersebelahan yang kebetulan masih belum berpenghuni.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera Muhammad Pehimi Yusoff turut melawat tempat kejadian semalam dan menubuhkan tabung khas dengan derma permulaan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kebakaran.
Difahamkan ketika kejadian, Mohamad Adnan lima sekeluarga, termasuk isterinya, pergi ke Melaka untuk melawat cucunya berumur empat bulan, Mohd Afiq Klian Mohamad Azman, yang kritikal akibat jantung berlubang sejak lahir.
Saksi kejadian, Zaiton Jusoh, 51, yang bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Puspen, berkata beliau menyedari kebakaran itu pada 2.10 pagi setelah mendengar beberapa bunyi letupan kecil diikuti letupan kuat.
"Ketika mak cik jenguk keluar, mak cik nampak asap dan api marak bakar rumah kuarters itu dan rumah bersebelahan. Ketika itu mak cik panik dan terus berteriak... api... kepada jiran supaya bangun," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Mohamad Adnan, yang ketika dihubungi berada di Taman Bukit Rambai, Masjid Tanah, Melaka, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian tersebut namun bersyukur kerana semasa kebakaran, kesemua keluarganya ada bersama dan tidak berlaku kemalangan jiwa. Katanya beliau mendapat panggilan mengenai kebakaran itu daripada seorang jiran ketika sedang memandu dan berada di jalan antara Raub dan Bentong, Pahang.
"Bagaimanapun kami sepakat meneruskan juga perjalanan kerana niat memang untuk melawat cucu saya yang kritikal dan menjalani pembedahannya," katanya.
Ketika kebakaran, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Kampung Raja dikejarkan ke lokasi kejadian pada 2.27 pagi bersama enam anggota.
Bagaimanapun dua kuarters itu telah terbakar lebih 50 peratus ketika bomba tiba dan berjaya mengawal kebakaran 10 minit kemudian.
Penolong Pengawai Tadbir Puspen, Mahazan Ismail ketika ditemui mengesahkan penghuni kuarters berkenaan kebetulan tiada di kediamannya semasa kebakaran berlaku.
"Sebuah lagi kuarters yang tidak berpenghuni itu sepatutnya diduduki seorang Penolong Pegawai AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) yang jangkanya akan memasuki kuarters berkenaan esok setelah berpindah.
Sinar Harian
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment