Sunday, September 2, 2012

Kilang Pemprosesan Vitato Di Besut Mula Beroperasi Bulan Depan

Kilang pemprosesan "Vitato", varieti baharu ubi keledek yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), bernilai hampir RM5 juta di Kampung Tembila, Besut, dijangka memulakan operasi awal bulan depan.

Vitato, mula mendapat perhatian dan diusahakan para petani di Terengganu dan Kelantan apabila tanaman ini didapati menjana pendapatan lumayan bagi menggantikan tembakau sebagai sumber utama.

Pengurus Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) Sawalludin Ahmad berkata kilang yang dirancang kira-kira tiga tahun lepas oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dijangka mampu memproses empat tan Vitato segar sehari atau 120 metrik tan sebulan.

"Kita telah mengambil beberapa langkah dan memberi tumpuan terhadap tanaman ubi Vitato sebagai komoditi terpilih untuk dimajukan oleh petani memandangkan ia mampu memberi pendapatan lumayan.

"Dengan siapnya kilang ini, ia bakal menjadi tempat memproses Vitato untuk pelbagai kegunaan seperti bahan makanan selain ramuan kecantikan," katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Hari Raya PPNTdi Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment