Tuesday, September 25, 2012

Kumpulan Sokongan Susu Ibu HSNZ Didik Masyarakat Kepentingan Susu Ibu

Hospital Sulatanah Nur Zahirah (HSNZ) mengambil langkah proaktif mendidik masyarakat di negeri ini mengenai pentingnya susu ibu kepada bayi baru lahir melalui penubuhan Kumpulan Sokongan Susu Ibu HSNZ.

Kumpulan Sokongan Susu Ibu HSNZ merupakan inisiatif bersama HSNZ dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Negeri Terengganu (PERSINT).

Pengerusinya, Sharifah Nurul Ain Engku Mokhtar berkata sasaran kumpulan tersebut ialah bakal ibu dan ibu yang baru melahirkan bayi di wad hospital berkenaan untuk dididik mengenai khasiat penyusuan susu ibu.

"HSNZ ini adalah projek sulung kami dan jika ia menampakkan kejayaan, program ini mungkin akan diperluaskan di hospital daerah seluruh Terengganu," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

PERSINT yang ditubuhkan Ogos tahun lepas, kini mempunyai seramai 60 anggota berdaftar dan lebih 300 sukarelawan yang bergiat aktif di Terengganu

No comments:

Post a Comment