Saturday, September 1, 2012

MB Serahkan Kepada PBSNT Selesaikan Isu Muslim, Faruqi

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menasihatkan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT)  supaya tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang mempunyai masalah disiplin walaupun pemain itu berstatus bintang.

“Kita tak mahu pemain yang tidak berdisiplin. Tidak mengapa kalau kehilangan mereka pun (Muslim dan Ismail Faruqi), kita tidak boleh menjadikan bintang itu sebagai pasport untuk tunjukkan contoh yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

Dengan nada tegas beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kedua pemain itu sekiranya apa yang dilaporkan akhbar benar kerana ia melibatkan prestasi pasukan keseluruhan.



"Ini soal pasukan dan kita kena ikut peraturan yang ditetapkan. Kita tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin kerana akan menjejaskan pasukan seluruhnya.

"Kita tiada masalah untuk kehilangan mereka sekali pun mereka hebat bermain di padang kerana kita tidak boleh menjadikan gelaran bintang itu sebagai pasport untuk tunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat," katanya.

Bagaimanapun beliau menyerahkan perkara terbabit kepada pihak pengurusan PBSNT untuk membuat sebarang keputusan demi kebaikan pasukan.

No comments:

Post a Comment