Saturday, September 1, 2012

Kes Muslim, Ismail Faruqi - Che Mat Anggap Butler Tidak Profesional


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan kedua-dua pemain - Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashaari bakal beraksi menentang Kedah di Stadium Ismail Nasiruddin Shah malam ini jika bebas daripada kecederaan.

“Siasatan terhadap dakwaan Butler mengenai dua pemain itu hanya akan dilakukan selepas kempen Piala Malaysia berakhir. Apa yang penting ketika ini tumpuan untuk perlawanan menentang Kedah (malam ini) sebelum menentang Kelantan dan ATM,” tegasnya.

Mengulas kemelut yang melanda dua pemain Terengganu itu, Mat Jusoh menegaskan, "Sepatutnya dia (Butler) harus bertemu dengan saya terlebih dahulu bagi menjelaskan keadaan sebenar sebelum memberikan kenyataan kepada media."


Sudah pasti tiada individu yang paling terkejut dengan berita penyingkiran dua tonggak utama pasukan Terengganuitu selain Che Mat.

Che Mat berkata, beliau kesal dengan tindakan Butler yang disifatkan tidak memiliki 'semangat kekeluargaan' apabila mendedahkan perkara ini kepada umum.

Tegas Che Mat, Butler sepatutnya mengemukakan laporan rasmi dan bukannya memberi kenyataan yang boleh membawa imej buruk kepada pemain, pasukan dan pihak pengurusan pasukan dari Pantai Timur itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Ismail dan Muslim tidak dapat beraksi ketika menentang Kedah kerana dilaporkan demam.

"(Pada insiden itu, selepas perlawanan menentang Kedah), saya ternampak Butler marah kepada mereka di khalayak ramai ketika saya turun daripada bilik penginapan.

"Saya memanggil salah seorang pemain untuk mengetahui apa yang telah berlaku dan Butler tidak sepatutnya memberikan reaksi sebegitu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Che Mat, beliau kesal dengan sikap kurang profesional Butler yang memiliki kontrak bersama Skuad Penyu sehingga tahun depan yang dianggapnya sebagai menjejaskan nama baik PBSNT

"Dia tidak sepatutnya bertindak begitu. Kalau dia betul-betul profesional, kemukakan laporan rasmi dan bukannya bertindak dengan memarahi pemain itu di khalayak ramai.

"Sekiranya ada bukti kukuh maka kami boleh mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang terlibat. Butler seharusnya tidak memberikan kenyataan kepada media terlebih dahulu," katanya.

"Saya ingatkan perkara itu sudah selesai apabila saya memanggil semua pemain untuk melupakan insiden tersebut dan memberikan tumpuan pada aksi perlawanan menentang Kedah pada Sabtu ini (malam ini).

"Rupa-rupanya, dia telah memberikan kenyataan itu kepada media sebelum saya mengadakan pertemuan dengan mereka yang terlibat," tegasnya.

Beliau menyatakan rasa kecewanya terhadap insiden itu apatah lagi tindakan menyingkirkan kedua pemain berkenaan dibuat oleh jurulatih pasukan skuad Penyu itu sendiri, Peter Butler, di saat pasukan itu sedang berjuang mengharungi kempen Piala Malaysia.

Justeru itu, Che Mat menggesa agar Butler mengemukakan laporan rasmi mengenai perkara terbabit agar penyiasatan boleh dijalankan dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil jika dakwaan itu terbukti benar.

"Tidak sepatutnya masalah dalaman disiarkan kepada umum kerana ia perlu selesaikan secara dalaman terlebih dahulu kerana kita sebagai sebuah keluarga dan apa sahaja kenyataan yang dibuat jurulatih hanya akan menambah luka pasukan.

"Saya amat kecewa dengan kejadian ini terutama apabila kita mempunyai perlawanan penting menentang Kedah (malam ini) dan sepatutnya Butler berunding dengan pengurusan sebelum membuat kenyataan seperti itu.

"Apa pun, saya harap isu ini akan diselesaikan selepas kempen Piala Malaysia dan buat masa ini saya mahu jurulatih dan pemain tumpu pada baki perlawanan," katanya di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan beraksi untuk pasukan itu lagi pada kempen Piala Malaysia, Che Mat berkata, pihak pengurusan telah membuat keputusan kedua-dua pemain masih dalam senarai dan akan beraksi jika keadaan fizikal mengizinkan.

"Untuk perlawanan dengan Kedah nanti, Kedua-duanya hanya akan diturunkan jika benar-benar boleh bermain dan tidak timbul mereka tidak akan bermain esok (malam ini) kerana isu ini," jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan dua pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad digugurkan oleh bekas pengendali Kelantan itu selepas mendakwa mereka didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Mereka juga didakwa atas kesalahan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi dan membawa wanita ke hotel selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu. Mengulas lanjut,

Ditanya mengenai nasib yang dialami Ismail dan Muslim, Che Mat menegaskan bahawa Butler tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mana-mana pemain.

"Dia tidak memiliki kuasa dan hak untuk menyingkirkan pemain. "Sekiranya kes itu benar, kami yang akan mengambil tindakan, bukan Butler. Pertuduhan itu sangat berat namun tiada bukti kukuh."

No comments:

Post a Comment