Thursday, September 20, 2012

MPK Beli Binatang - Pembohongan Berterusan Dr Syed Azman


Satu laporan polis dibuat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 4.25 petang di Balai Polis Chukai, 12 September lalu terhadap kandungan fakta dalam risalah kononnya perberbelanjaan jutaan jutaan ringgit dikeluarkan MPK untuk membeli pelbagai jenis haiwan.

Malah, seseorang yang menamakan dirinya, Keris Warisan, melalui facebooknya semalam menyiarkan satu poster dan ulasan yang membuat susulan kepada penafian oleh MPK dengan tajuk “Syed Azman Undur PRU-13, Ditawar Jawatan Tetap Pembohong Bersiri?”

Apa yang jelas, risalah yang dibawa balik balik kakitangan ke pejabat MPK pada 7 September itu tidak benar dan bersifat pembohongan semata-mata.

Mustafar Khalid pada sidang media kelmarin.
Berikutan itu MPK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang yang terkandung dalam risalah ‘Zoo Bukit Takal’ yang diedarkan pihak berkenaan berhubung perbelanjaan jutaan ringgit yang dikeluarkan MPK untuk membeli pelbagai jenis haiwan.

Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid, berkata dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai itu terkandung senarai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli haiwan untuk ditempatkan di zoo berkenaan.

Mustafar berkata, kandungan itu adalah tidak tepat, mengelirukan dan merupakan satu fitnah yang menjejaskan reputasi MPK sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Zoo Bukit Takal.

Tegasnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan belanja RM10 juta untuk membeli beruk dan haiwan lain. Malah tiada RM1 juta dikeluarkan untuk membeli badak sumbu kerana tiada seekor badak sumbu pun di dalam zoo ini.

“Tiada seekor pun zirafah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tidak ada perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk membeli haiwan tersebut.

Kita juga tidak mengeluarkan perbelanjaan bagi penempatan dua ekor harimau, sebaliknya ia adalah sumbangan dari Perhilitan Malaysia melalui Zoo Melaka.

“Selain itu, tiada seekor pun cheetah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tiada perbelanjaan sebanyak RM256,700 dikeluarkan untuk membeli haiwan berkenaan.

Juga tiada walau seekor pun chimpanzee dibeli dan ditempatkan di zoo serta tiada kos sebanyak RM672,000 digunakan untuk tujuan pembelian haiwan itu,” katanya pada sidang media di Pejabat MPK, kelmarin.

Menurutnya, dalam risalah berkenaan juga turut mendakwa pihaknya mengeluarkan perbelanjaan masing-masing sebanyak RM153,6000, RM128,000 dan RM230,400 dikeluarkan untuk membeli babun, beruk, tupai dan flamingo.

"Ini adalah satu fitnah kerana haiwan-haiwan itu tidak pernah dibeli dan ditempatkan di zoo ini.

"Malah dakwaan kita keluarkan RM160,000 untuk membeli burung kakak tua, juga tidak benar kerana sebanyak 22 ekor burung kakak tua yang terdapat di Zoo Bukit Takal sekarang adalah sumbangan daripada Perhilitan dan orang awam.

 “Kita juga tidak membelanjakan sebanyak RM384,000 untuk beli burung merpati sebaliknya sebanyak empat ekor burung jenis itu yang ada di zoo sekarang adalah sumbangan daripada orang awam.

Bagi dakwaan mengenai gelongsor air pula, sebenarnya ia bukan rosak dan terbiar tetapi ia dalam proses penambahbaikan bagi memenuhi piawaian keselamatan daripada jabatan teknikal,” katanya.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan pihak media atau sesiapa sahaja orang awam untuk meninjau Zoo Bukit Takal bagi membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Pada 7 September lalu, seorang pemandu MPK bersama dua lagi rakan sekerja membawa kenderaan pejabat serta melalui Bandar Chukai untuk mengisi minyak di Jakar dan setiba di hadapan Pasar Chukai, orang ramai sedang menghadiri jamuan hari raya anjuran Pas di perkarangan sebuah kedai buku.

Dua orang pemuda sedang mengawal lalulintas dihadapan pasar serta mengagihkan risalah kepada pengguna jalan raya mana salah seorang pemuda itu telah menahan kenderaan yang dipandu kakitangan MPK itu dan seterusnya memberi risalah itu.

No comments:

Post a Comment