Wednesday, September 12, 2012

MSNT Cadang Perkenal Sukan Muay Thai Di Terengganu Mulai Tahun Depan

Gambar Hiasan...Sukan Muay Thai atau Tomoi
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil langkah permulaan memperkenalkan sukan Muay Thai atau dikenali Tomoi di negeri ini bermula awal tahun depan.

Pengarah MSNT Zainal Abidin Hussin berkata sukan tersebut yang popular di Thailand akan memberi impak yang besar di Terengganu apabila diperkenalkan nanti.


"Kita sekarang sedang berusaha untuk membawa sukan-sukan baharu yang tidak ada dalam pasaran ke negeri ini seperti Muay Thai kerana kita pasti sukan ini memiliki tarikan tersendiri walaupun sudah ada beberapa pertubuhan kecil membawa Muay Thai ke negeri ini," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Sehubungan itu untuk mencapai matlamat tersebut, MSNT akan mendapatkan khidmat jurulatih Muay Thai yang berkaliber daripada negara Gajah Putih itu dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.

 "Pegawai-pegawai kami (MSNT) akan dihantar ke Thailand dalam masa terdekat ini untuk meninjau sebelum menemuduga jurulatih yang diperlukan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment