Wednesday, September 12, 2012

PTCSB Kini Tingkatkan 60 Peratus Pengeluaran Untuk Produk Industri Hiliran

Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (PTCSB), syarikat di bawah Golden Pharos Berhad, yang sebahagian besar ekuitinya dimiliki kerajaan negeri Terengganu, kini meningkatkan pengeluaran produk untuk industri hilirannya kepada 60 peratus berbanding 30 peratus pada tahun lepas.

Dengan peningkatan jumlah pengeluaran sekali ganda itu, syarikat tersebut optimis mampu menambah nilai eksportnya ke negara-negara Eropah, termasuk pasaran baru di Timur Tengah.


Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ngah Ismail berkata operasi syarikat itu kini tertumpu kepada produk industri hiliran kerana permintaannya sentiasa ada manakala pengeluaran kayu balak yang diproses menjadi papan adalah 40 peratus.

"Pengeluaran produk hiliran diperbuat dari kayu sentiasa mendapat permintaan tinggi dari negara-negara Eropah kerana penduduknya masih meminati kayu untuk dijadikan pilihan berbanding bahan lain yang lebih moden.

"Namun, aspek kualiti perlu diberi keutamaan pada masa sekarang memandangkan kita kini bersaing dengan negara Afrika yang kaya dengan khazanah kayu tropika serta harganya yang lebih murah," katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Aidilfitri di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment