Friday, September 7, 2012

Najib Hadirr Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Jabi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menghadiri majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Terengganu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu.

Najib yang tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Gong Kedak, Besut kira-kita pukul 11 pagi, terus berangkat memeriahkan majlis yang berlangsung di padang bola, Kampung Tempinis, Tasik Tok Lebai, di Jabi.

Kira-kira 20,000 penduduk hadir pada majlis yang turut diserikan dengan perarakan konvoi 550 buah motosikal, 55 buah kereta Kancil, 55 buah lori dan 55 buah pacuan empat roda, yang menyambut dan mengiringi ketibaan Najib, bermula dari pekan Jabi hingga ke padang bola Kampung Tok Lebai, sejauh kira-kira lapan kilometer.


 


Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali berkata, angka 55 bagi setiap jenis kenderaan merupakan gimik sempena sambutan Kemerdekaan negara kali ke-55 tahun ini.

Pada majlis itu, sebanyak 28 jenis juadah tradisional dan moden disajikan oleh 37 Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Dun Jabi.

Anggota Jawatankuasa Penyelaras Dun Jabi, Malek Mat berkata, beliau sangat teruja dengan majlis berkenaan kerana beliau turut terlibat dalam persediaan sambutan yang dirancang rapi sejak beberapa minggu lepas.

"Sejak mendapat berita mengenai kedatangan Perdana Menteri ini, hidup saya boleh diumpamakan seperti 'tidur tak lena, mandi tak basah' kerana teruja membantu dari segi persiapan majlis bersejarah itu.

"Kami sedia memberikan apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk acara yang membabitkan pemimpin-pemimpin negara," katanya.

Kegembiraan itu turut dikongsi Ketua Wanita Umno Kampung Tempinis, Tasik Tok Lebai, Wan Zainab Wan Yaacob yang mengakui beliau seronok dapat melihat pemimpin nombor satu negara itu dari jarak dekat.

"Selama ini hanya tengok Perdana Menteri di kaca televisyen sahaja, nampaknya tadi saya berpeluang berjumpa beliau dan bersalaman," katanya yang membawa seramai mungkin anggota keluarganya ke majlis itu

 Selepas jamuan itu, Najib  menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1, Machang, Kelantan pada pukul 4 petang.

1 comment:

  1. Gong Kedak bukan dlm daerah Besut, daerah Pasir Puteh dekat cherang Ruku/Semerak.

    saya tinggalkan Jabi 38thn lalu.tiap kali balik sedih tengok kedai kayu buruk Pekan Jabi yang dibin semenjak saya di sekolah rendah Kebangsaan Jabi lagi. hingga sekarang..kenapa?

    cuma yg boleh dibanggakan, jlnraya dah luas dari rumah saya di kg.bakap hingga mata gergaji.

    APA DUN JABI BUAT ? dari dulu hingga skrg gitu jugak. tukar ..cari MP baru org BN yg layak.

    ReplyDelete