Friday, September 7, 2012

Piala Emas Raja-Raja - Kelantan, Terengganu Satu Kumpulan

Sebanyak 16 pasukan bakal memulakan cabaran peringkat kumpulan bola sepak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 bermula dari 9 hingga 11 November depan.

Dibahagikan kepada empat kumpulan, menyaksikan Pahang - juara musim lalu - diundi dalam Kumpulan C bersama Angkatan Tentera Malaysia, Perak dan Pulau Pinang.

Kumpulan A menyaksikan Kedah selaku tuan rumah bersaing dengan Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
Sementara Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan MASUM berentap dalam kumpulan B.

Aksi kumpulan D tampak sengit apabila juara paling banyak, Kelantan yang juga juara Piala Agong 2011, bakal berdepan satu lagi pasukan jaguh Pantai Timur, Terengganu, Perlis dan Polis DiRaja Malaysia.

Beberapa perubahan berlaku dalam peraturan pertandingan kali ini, antaranya semua enam pemain dari Liga Super atau Liga Premier yang mahu diturunkan perlu mendapat surat pelepasan daripada majikan masing-masing sambil mengekal hanya empat pemain berstatus profesional dibenarkan beraksi pada sesuatu perlawanan.

Aksi suku akhir secara timbal balik dijadualkan 17 dan 24 November. Manakala separuh akhir pada 1 dan 8 Disember dan final pada 22 Disember.

No comments:

Post a Comment