Tuesday, September 4, 2012
Pasangan Buta Gembira Dapat Bantuan Karisma
Kegembiraan terpancar pada wajah pasangan separa buta di Kampung La, Hulu Besut apabila dikunjungi skuad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengadakan gotong-royong membersihkan kediaman mereka sempena program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma),semalam.
Pasangan Hassan Awang, 70, atau dikenali sebagai 'Pak San' dan Mek Long Salim, 80, atau nama sebenarnya Khatijah Salim menerima kunjungan anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut Nawi Mohamad, 15 petugas JKM Besut dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Nawi berkata program yang bermula 9 pagi itu berlangsung lebih tiga jam di mana selain membersihkan rumah pasangan itu, JKM turut menyampaikan peralatan dapur, makanan, selimut dan tikar kepada Mek Long dan Pak San.
"JKKK Kampung La juga akan bergotong-royong mengecat semula rumah pasangan tersebut bagi menceriakan lagi suasana kehidupan mereka walaupun mereka tidak nampak," katanya.
Mek Long berkata beliau dan suaminya tidak menjangka akan kedatangan petugas JKM dan anggota JKKK hari ini.
Beliau yang mempunyai masalah penglihatan sejak kecil berkata tidak upaya membersihkan rumahnya kerana masalah penglihatannya.
"Rupa-rupa demo (mereka) masih ingatkan saya lagi dan sudi datang untuk membantu membersih dan menyembur rumah saya dengan pewangi hari ini," katanya.
No comments:
Post a Comment