Muang Thai...gambar hiasan. |
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Ruhisyam Ibrahim berkata sukan tersebut atau lebih dikenali sebagai tomoi akan mempertandingkan dua kategori iaitu kategori profesional dan juga amatur.
"Pada hari pertama nanti pihak penganjur akan memberi peluang kepada semua peninju baharu dari Terengganu terutama dari daerah Kemaman untuk menunjuk bakat masing-masing dengan mengguna sistem amatur.
"Acara kemuncak sebenar penganjuran ialah pada Sabtu di mana Kejohanan Pro akan menyaksikan pertemuan atlet profesional Malaysia yang pernah pergi ke Russia seperti Muhammad Ali Yaakub yang mewakili pasukan 'Dragon Gym' dan Ediey Selindang Kuning (Kirsty Gym) untuk bertanding," katanya.
Antara atlet profesional lain yang mengesahkan pendaftaran ialah Lokman (Kuda Merah), Lah (Kirsty Gym), Fikri (Jali Lobo) dan Abuza (Dragon Gym) untuk bertemu dengan peninju dari Thailand.
No comments:
Post a Comment