Seorang petugas syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan.
Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarung kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.
Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.
Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun.
No comments:
Post a Comment