Saturday, September 22, 2012

Piala Monsun Lonjak Ekonomi Terengganu - Abdullah

Abdullah (dua dari kanan) bersama Sabaruddin (kanan) dan Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia, Datuk Wan Hisham Wan Salleh (dua dari kiri) melihat logo Piala Monsun 2012 di Putrajaya semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang memasuki edisi kelapan tahun ini, memacu aktiviti ekonomi bagi perniagaan setempat di Terengganu semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Terengganu sejak kejohanan itu dimulakan pada 2005 termasuk pembinaan lebih banyak hotel.

"Piala Monsun adalah acara sukan. Bagaimanapun terdapat akti- viti lain yang turut diadakan di Terengganu. Acara ini sangat menarik dan telah berjaya menjadikan Pulau Duyung dan Terengganu bertambah menarik," katanya pada majlis pelancaran Piala Monsun di Putrajaya semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi T-Best Events Sdn. Bhd., Tan Sri Sabbaruddin Chik. Kejohanan itu akan diadakan pada 3 hingga 8 Disember dengan disertai 12 negara termasuk Malay- sia, United Kingdom, Australia, New Zealand, Perancis dan Itali.

Diperkenalkan oleh Abdullah pada 2005, kejohanan itu bertindak sebagai pemangkin bagi pertumbu- han ekonomi Terengganu.

Meneruskan semangat selaku pelopor, Piala Monsun adalah acara pertama dalam Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari untuk melaksanakan langkah penjenamaan semula global dengan memperkenalkan penaja kejohanan, Alpari.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013, Ahmad Fathil Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan ketibaan Piala Monsun saban tahun memandangkan acara tersebut memberi kesan positif kepada industri pelancongan.

"Selama ini, Terengganu atau bandar di Pantai Timur akan menjadi bandar mati pada November, Disember dan Januari disebabkan musim hujan.

"Bagaimanapun, dengan adanya kejohanan ini, pelancong dari dalam dan luar negara lebih tertarik untuk datang ke Terengganu," katanya.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment