Wednesday, September 26, 2012

Polis Buru Lelaki Suspek Kes Gangguan Seksual

Polis kini memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes gangguan seksual ke atas seorang pesakit yang mendapat rawatan di sebuah klinik swasta, di Dungun pada 17 September lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K Manoharan berkata, gerakan itu dilancar sebaik polis menerima laporan. "Suspek adalah orang tempatan yang berusia 20-an dan polis percaya dia melarikan diri selepas tahu kegiatannya terbongkar,” katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, suspek yang bekerja sebagai pembantu perubatan di klinik tersebut bertindak mencabul seorang lelaki berusia 24 tahun yang datang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Manoharan turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu supaya menghubungi balai polis yang berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

No comments:

Post a Comment