Tuesday, September 4, 2012

PPNT Wujud Kawasan Agro Makanan Di Setiap Mukim

Pengerusi Pertubuhan  Peladang Negeri Terengganu, Wan Zakaria Abd. Rahman menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sambil diperhatikan Sawalludin Ahmad (kanan) semasa sambutan Hari Raya Pertubuhan PeladangNegeri Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin. 
Dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) dengan kerjasama kerajaan negeri akan mewujudkan Kawasan Agro Makanan Negeri pada awal tahun depan.

Pengurus besar PPNT, Sawalludin Ahmad berkata ia akan diwujudkan di setiap mukim di negeri itu yang membabitkan kawasan seluas antara empat hingga 20 hektar meliputi pelbagai bidang pertanian

"Kita masih perlukan kerjasama pejabat-pejabat daerah untuk mengenal pasti kawasan di mukim-mukim bagi kita jadikan kawasan agro makanan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata usaha itu akan dilaksanakan secara beperingkat di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan ia mampu memberi pulangan lumayan kepada petani tempatan bila dilaksanakan kelak.

Sawalludin berkata dalam usaha itu, PPNT akan cuba wujudkan dana untuk membantu usahawan-usahawan yang terlibat dalam program itu sebagai pemangkin kepada mereka memulakan projek tersebut

No comments:

Post a Comment