Sunday, September 2, 2012
Safee Simpati Dengan Muslim Dan Ismail, Saran Tubuh Persatuan Pemain Profesional
Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali atau lebih dikenali sebagai Safee Sali menyaran agar sebuah persatuan pemain bola sepak profesional diwujudkan bagi membantu, menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dapat dibela sekiranya mereka menghadapi masalah.
Beliau yang kini bermain dengan Pelita Jaya FC, Indonesia berkata bola sepak negara sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya di mana keadaan itu memerlukan satu pihak yang profesional serta aktif untuk melindungi pemain.
"Situasi yang dialami dua pemain Terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi (Asha'ri) sebagai contoh, betapa perlunya persatuan pemain bola sepak profesional di negara ini ditubuhkan yang dengan adanya persatuan tersebut, masalah yang dihadapi oleh pemain dapat ditangani dengan sewajarnya.
"Saya amat simpati dengan keadaan yang dialami kedua-dua rakan saya itu, hingga diaibkan sampai begitu sekali," katanya pada majlis sambutan Hari Raya SYM (Sanyang Motor) Bersama Safee Sali di kilang syarikat permotoran terbabit di Alma di Bukit Mertajam, kelmarin.
Bekas pemain Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak itu mengulas mengenai nasib dua tonggak Terenganu tersebut yang didakwa jurulatih mereka Peter Butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang Kedah, Selasa lalu.
No comments:
Post a Comment