Sunday, September 2, 2012

Piala Malaysia - Selamat Tinggal T-Team, Terengganu Nyawa di Hujung Tanduk

Perlawanan Terengganu-Kedah Dicemari Pergaduhan di Kuala Terengganuu, semalam.
Terengganu, naib juara Piala Malaysia bagaikan nyawa di hujung tanduk dan T-Team yang bersing hingga peringkat separuh akhir musim lepas boleh lupakan saingan piala itu musim ini.

Pemain import Selangor, Bosko Balaban memastikan peluang Red Giants ke suku akhir terus terbuka apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-4 dan 28 untuk menumpaskan T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam manakala jaringan tunggal T-Team dihasilkan Fadzli Saari pada minit ke-80.

Selasa lalu, T-Team tewas 1-0 di Kuala Terengganu dan kini T-Team menduduki tangga tercorot.


Terengganu diikat Kedah 1-1 dalam perlawanan 'panas' di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Zohri Tajudin selepas Francis Forkey Doe dan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza terlibat dalam aksi pergaduhan selain seorang lagi pemain Kedah, Wan Mohd. Syukri pada masa kecederaan.

Forkey Doe menyiku pertahanan Kedah, Mohd. Sabre Abu pada minit ke-75 yang menyaksikan Helmi campur tangan dengan melakukan tindakan provokasi terhadap pemain import Terengga berkenaan yang menyebabkan pengadil tiada pilihan lain melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain terbabit. Sebelum itu, Forkey Doe telah meletakkan Terengganu pada minit ke-20 tetapi dapat disamakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62.

Sementara itu, juara Liga Super, Kelantan bangkit penuh bergaya membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sekali gus membuka persaingan Kumpulan B Piala Malaysia kembali seimbang.

Kelantan terus mempamerkan kehebatan tersendiri apabila gah mencatat kemenangan 4-3 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dI Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, sekali gus mencerahkan peluang anak buah Bojan Hodak ke saingan suku akhir.

Dengan berakhirnya empat perlawanan setakat ini, Kelantan kini berkongsi mata dengan ATM setelah meraih enam mata keseluruhan dalam Kumpulan B.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan yang bermain di halaman sendiri nyata beraksi garang apabila terlebih dahulu berada di hadapan pada babak awal perlawanan menerusi Afiq Azmi

Namun, ATM yang tersentak dengan jaringan tersebut, cuba melakukan asakan demi asakan ke gawang lawan.

Ternyata serangan demi serangan yang dilakukan ATM berhasil apabil pemain import mereka, Marlon Alex James menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-26.

Mendapat sokongan moral daripada penyokong di halaman sendiri, Kelantan terus di depan apabila Norshahrul Idlan menjaringkan gol kedua pada minit ke-29.

Bagaimanapun, kegembiraan penyokong Kelantan tidak bertahan lama apabila pemain import ATM, Marlon Alex James (ATM) sekali lagi menyumbat gol penyamaan pada minit ke-35 untuk terikat 2-2 sebelum Hairudin Omar mengejutkan penyokong tuan rumah dengan menjaringkan gol ketiga buat ATM pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus garang dengan melakukan banyak asakan. Akhirnya, Kelantan menggembalikan semula sorakan gemuruh Stadium Sultan Muhammad IV setelah Norfarhan menyamakan kedudukan 3-3 menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang Mat Yo pada minit ke-74 sebelum Nurul Azwan Roya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.

Pahang yang bangkit daripada ketinggalan dua kali berjaya meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sarawak dengan Azamuddin Akil muncul wira Tok Gajah dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-57 dan 68 di Stadium Negeri, Kuching.

Rashid Aya terlebih dahulu meletakkan tuan rumah pada minit ke-15 sebelum dibalas oleh Maycon Carvalho, namun Joel Epalle memastikan Sarawak mendahului 2-1 pada minit ke-44.

Di Stadium Jalan Besar, Lions XII semakin mencerahkan laluan ke suku akhir apabila meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor melalui jaringan awal Khairul Amri pada minit ke-2.

Perak pula semakin hampir boleh melupakan saingan suku akhir apabila kalah 0-1 kepada Negeri Sembilan di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan penalti Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-45. Naib juara Piala FA, Sime Darby bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Felda United 3-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Johor FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan PKNS FC dengan keputusan 2-1 pada aksi kumpulan A.

Utusan Malaysia & Kosmo

No comments:

Post a Comment