Monday, September 10, 2012
Taman Tamadun Islam Perkenal Persembahan Cahaya, Bunyi Tahun Depa
Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu akan memperkenalkan persembahan berbentuk cahaya dan bunyi sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, bagi menarik lebih ramai pengunjung ke taman itu.
Pengarah Urusan TTI Management Sdn Bhd Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata persembahan itu dijangka bermula Januari depan, sekali gus membolehkan Taman Monumen TTI dibuka kepada pengunjung pada waktu malam.
"Persembahan itu mempunyai komponen-komponen seperti hologram, video mapping, laser, 'sky tracker' dan juga air pancut," katanya semalam.
Beliau berkata kerja pemasangan kelengkapan bagi persembahan itu sedang berjalan dan dijangka siap Disember ini.
Sementara itu Engku Md Azmi berkata TTI menerima 343,890 pengunjung untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
"Sepanjang tahun lepas TTI menerima 602,180 orang pengunjung dan dengan persembahan baru ini kita harap pengunjung akan bertambah tahun depan.
"Sejak dibuka pada tahun 2008 hingga sekarang, TTI menerima kedatangan lebih 4.2 juta pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.
No comments:
Post a Comment