Monday, September 10, 2012

Satu Tanggung Bil Air Tertunggak RM25j

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) menanggung bil air tertunggak berjumlah RM25 juta yang tidak dijelaskan pengguna sejak 10 tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husain Embong berkata, kebanyakannya membabitkan pengguna komersil selain beberapa agensi kerajaan.

"Kita kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak terbabit dan perkara tersebut berlarutan sejak Satu masih dengan nama Jabatan Bekalan Air Terengganu lagi.



"Agensi dan jabatan kerajaan mempunyai peruntukan tahunan untuk bayar bil mereka jadi saya harap mereka lebih ‘alert’ dan bekerjasama dengan kita dalam hal ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Satu, di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarif air di Terengganu adalah yang terendah berbanding negeri-negeri lain.

No comments:

Post a Comment