Terengganu bakal memiliki Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa pertama di Asia tidak lama lagi dengan termetrainya dua perjanjian persefahaman (MoU) di Kuala Terengganu, kelmarin.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata MoU pertama dimetrai antara TTI Management Sdn Bhd (TTIMSB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dari Turki.
Manakala satu lagi MoU adalah antara TTI Management Sdn Bhd dan Institut Al-Quran Terengganu (IQ Terengganu).
"Institut itu akan ditempatkan di TTI dan IRCICA akan berkongsi kepakaran, nasihat serta pelbagai maklumat dalam bidang kaligrafi. Buat permulaan IRCICA akan menghantar beberapa orang tenaga pengajar dalam bidang kaligrafi.
Saya harap institut ini berkembang sebagai sayap kepada IRCICA di sebelah Asia ini. TTI Management Sdn Bhd, UniSZA dan IQ Terengganu pula berperanan memastikan operasi harian institut itu berjalan dengan lancar," katanya.
No comments:
Post a Comment