Seorang jiran mendukung Amirah Suhaili yang dapat diselamatkan dalam kebakaran. |
Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika gadis OKU, Amirah Suhaili Said, 19, dan anak saudaranya, Nurul Adawiah Zabli, 4, berada di dalam rumah tersebut.
Amirah Suhaili tidak mampu berjalan.
Ketika kejadian, ibu gadis OKU itu, Rahani Harun, 43, yang terkejut melihat api membakar bahagian depan rumahnya tidak terdaya berbuat apa-apa selain berdiri di depan rumah.
Rahani merupakan penjual apam balik dan api dipercayai berpunca dari gerai di hadapan rumah mangsa. Kedua-dua mangsa bernasib baik apabila jiran mereka, Mohamad Yusof, (gambar kecil) 64, yang menyedari kejadian itu bertindak pantas menyelamatkan mereka.
Mengimbau semula kejadian itu, Mohamad memberitahu, dia nekad terus meredah api yang marak sebaik Rahani memaklumkannya yang anak gadis dan cucunya masih terperangkap di bilik tidur.
"Tanpa berfikir panjang, saya terus redah api dan mengangkat kedua-dua mangsa. Saya sempat mencapai beg barangan kemas mangsa namun wang gagal diselamatkan kerana ketika itu suasana di dalam rumah terlalu bahang.
"Rumah itu musnah tidak sampai setengah jam. Saya tahu mengenai kejadian itu daripada isteri yang mengejutkan saya yang sedang tidur," ceritanya ketika ditemui semalam.
Difahamkan, kebakaran itu mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM150,000 apabila kesemua perabot, peti sejuk, mesin basuh dan televisyen musnah dijilat api
Kosmo!
No comments:
Post a Comment