
Meskipun tersingkir dalam perebutan slot ke suku akhir, T-Team mahu menebus kekecewaan selepas kalah 2-3 kepada Pahang pada pusingan pertama perlawanan Kumpulan D.
Jurulatih T-Team, Yunus Alif bagaimanpun masih menaruh harapan kepada anak buahnya mengalahkan Pahang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
"Saya optimis pemain tidak akan bermain sambil lewa menentang Pahang demi menjaga menjaga nama baik kelab," katanya semalam.
Pencapaian T-Team dalam kempen Piala Malaysia musin ini dilihat sangat mendukacitakan berbanding mara ke separuh akhir tahun lepas.
Dalam aksi kumpulan D, skuad yang diberi jolokan 'Penyu Muda' ini hanya mampu memungut satu mata daripada lima perlawanan peringkat kumpulan setakat ini.
No comments:
Post a Comment