Saturday, October 6, 2012

11 Masjid, Lapan Di Besut Masih Solat Berasingan

Masjid Kampung Padang Landak, Jertih dikatakan  masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS.
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan fenomena solat berasingan dalam satu kariah masih berlaku di negeri ini membabitkan 11 buah masjid di sekitar Besut, Marang dan Dungun.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, masjid-masjid itu terdiri daripada lapan di Besut, dua (Dungun) dan satu (Marang).
 
Beliau yang kesal dengan kejadian itu bagaimanapun memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam waktu terdekat ini agar gejala seumpama itu dapat dibendung bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

Mohd. Rozali juga enggan menjelaskan bentuk tindakan yang bakal dilakukan itu, namun beliau menambah, pihaknya akan mengambil pendekatan secara berhati-hati dalam melaksanakannya.

Pada September lalu, Berita Harian melaporkan, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.

Amanat yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Menurut beliau, tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.

Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.

“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’.

“Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri,” katanya.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete