Monday, October 1, 2012

50 Bakal Haji Tajaan Kerajaan Terengganu Berlepas Kelmarin, 9 Oktober

Seramai 50 bakal haji yang ditaja kerajaan negeri Terengganu akan berlepas pada 29 Sept dan 9 Okt ini dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata mereka terdiri daripada penjawat awam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), imam, bilal serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Bagi setiap seorang, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM9,980 bagi menanggung kos haji mereka.

Jemaah yang ditaja kerajaan negeri berkurangan tahun ini berbanding 150 orang tahun lepas berikutan tiada kuota haji tambahan.

"Jemaah haji Terengganu tahun ini ialah 1,800 orang. Mereka yang berlepas dari LTSM adalah 800 orang, selebihnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan bakal haji di Wisma Darul Iman kelmarin.

Sementara itu, Pembantu Tadbir di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Zaleha Yasin, 59, merupakan seorang daripada yang ditaja menunaikan fardu haji selepas menerima APC tahun lepas.

"Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana mendapat peluang ditaja untuk ke Makkah buat pertama kali pada 9 Okt ini, dan saya pergi seorang tanpa ditemani anggota keluarga," katanya.

No comments:

Post a Comment