Monday, October 1, 2012

Sultan Mizan Berangkat Ke Istiadat Perbarisan, Pengurniaan Gelaran

 

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menghadiri Istiadat Perbarisan dan Tembak Hormat sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu, semalam.

Keberangkatan baginda yang diiringi Sultanah Nur Zahirah disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan pembesar-pembesar negeri.

Sebaik sahaja baginda tiba di pentas diraja, lagu Selamat Sultan dimainkan dan disusuli tembakan meriam 21 das.


Selepas itu, baginda melakukan pemeriksaan barisan Rejimen Askar Melayu Diraja, disusuli oleh lintas kehormat pelbagai kontinjen yang mengambil bahagian dalam istiadat berkenaan.

Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri di Singgahsana Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Berkenan berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Anakanda Baginda Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan DatukMazlan Ngah; Kerabat-kerabat Raja; Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Orang-orang Besar Raja; Ahli-ahli Darjah Kebesaran Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara.

No comments:

Post a Comment