Seramai 700 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah bersedia menghadapi gelombang banjir yang diramal melanda negeri itu setiap kali menjelang musim tengkujuh.
Pegawai Perhubungan JBPM Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata anggota itu akan ditempatkan di 335 lokasi di seluruh negeri itu, sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kami sudah mula memeriksa peralatan yang akan digunakan semasa banjir seperti bot penyelamat dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik selain giat memberi latihan awal kepada anggota yang akan bertugas semasa musim tengkujuh itu nanti," katanyadi Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata cuti pegawai dan anggota bomba juga akan dibekukan secara berperingkat jika banjir besar melanda negeri ini, dan jika kekuatan tidak mencukupi bagi menghadapi bencana ini, pihaknya akan meminta bantuan negeri lain.
Sementara itu Rozizah turut menyeru orang ramai di negeri ini mendaftar sebagai Teman Pili Bomba
No comments:
Post a Comment