Tuesday, October 9, 2012

ABMT Anjur Seminar Minyak & Gas Terengganu 2012


Akademi Binaan Malaysia Wilayah Pantai Timur (ABMT) akan menganjurkan seminar Minyak dan Gas Terengganu 2012 bertempat di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Herritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu hari ini.

Seminar anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Negeri Terengganu (CIDB) dan Institut Petroleum (INSTEP) itu akan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Ketua Pegawai Operasi, Encik Maliki Endut, berkata seminar itu bertujuan memberi maklumat, pendedahan dan peluang kepada semua pemain industri pembinaan, khususnya di Terengganu bagi menceburkan diri dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan industri minyak, gas dan petrokimia.

Katanya, orang ramai dijemput memanfaatkan seminar itu supaya dengan perkongsian ilmu nanti mampu memberi sumbangan kepada negara bagi menjana ekonomi dalam sektor berkenaan.

No comments:

Post a Comment