Gambar Hiasan - Aktiviti menyusuri Sungai Terengganu diperkenal. |
Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Supian Wan Ishak berkata PPNT yang dipertanggungjawabkan mempromosikan aktiviti itu akan bekerjasama dengan semua pihak dalam industri itu bagi memperkenalkan aktiviti itu kepada pelancong domestik dan luar negara.
Katanya aktiviti itu yang ditawarkan pada waktu siang dan malam akan membolehkan orang ramai menikmati pemandangan pesisiran bandaraya Kuala Terengganu dengan menaiki bot selama sejam pada kadar RM15 untuk dewasa dan RM10 (kanak-kanak 8 hingga 12 tahun).
"Pengunjung juga boleh membuat tempahan pakej eksklusif makan malam di atas bot pada kadar RM60 (dewasa) dan RM40 (kanak-kanak 8 hingga 12 tahun) seorang, termasuk tiket dengan pilihan menu sama ada makanan barat, makanan tradisional Melayu atau barbecue," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama media dan blogger sambil menyusuri Sungai Terengganu dengan menaiki bot penambang tradisional di jeti Syahbandar di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Katanya, aktiviti itu yang bermula 5 Okt lepas di jeti Teluk Warisan dan Shahbandar beroperasi setiap hari dari 5 petang hingga 11 malam dari jeti Teluk Warisan dan dari 6 petang hingga 11 malam dari jeti Shahbandar pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
No comments:
Post a Comment