Friday, October 5, 2012

Bekas Polis Zaman Darurat Belum Terima Saguhati Diminta Bersabar

Gambar Fail...seorang balu bekas pesara polis menerima bantuan daripada Perkep Besut.
 Bekas anggota polis berkhidmat semasa zaman darurat yang belum menerima saguhati khas RM3,000 daripada kerajaan, diminta bersabar kerana usaha sedang dibuat bagi memastikan mereka diberi imbuhan itu dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Terengganu, Hussin Awang Ngah berkata setakat ini, hanya 57 peratus atau 1,600 daripada 2,800 permohonan bekas polis dari negeri itu, telahpun memperoleh saguhati itu yang mula dibayar sejak April tahun ini.


Hussin berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha memastikan setiap bekas anggota polis berkenaan menerima saguhati itu kerana di peringkat awal, kerajaan menjangkakan hanya seramai 72,000 orang dari seluruh negara layak menerimanya.

Beliau berkata dengan pertambahan permohonan baru itu menyebabkan jumlah yang sepatut menerimanya juga meningkat dan ia akan mengambil masa.

"Pertambahan angka itu menyebabkan pembayaran saguhati itu memakan masa kerana peruntukan tambahan diperlukan," katanya ketika diminta mengulas mengenai rungutan segelintir bekas anggota polis berkenaan yang belum menerima saguhati tersebut.

Hussin berkata daripada seramai 1,200 bekas anggota polis di Terengganu yang belum menerima saguhati itu, sebahagian besar adalah dari daerah Hulu Terengganu yang membabitkan antara 800 dan 1,000 orang


No comments:

Post a Comment