Sunday, October 28, 2012

Berkahwin Ramai Tidak Pelik, Wajar Diteladani - Pesuruhjaya JHEAT

"Ia sangat bagus dan molek serta wajar diteladani apabila lelaki berkahwin ramai dapat hidup harmoni dengan isteri, malah anak pula ‘menjadi’.

“Bagi saya, perkara ini (tinggal sebumbung) tidak pelik jika suami isteri dan anak mereka saling memahami dan menghormati peranan serta tanggungjawab masing-masing,” kata Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Mohd Rozali Salleh.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berkata, kisah lelaki berkahwin empat dapat tinggal bersama dalam satu rumah sememangnya sangat unik.

Katanya, memang susah hendak berjumpa kes seperti itu dan sepanjang pengetahuannya, kes itu adalah satu-satunya yang pernah didengar di Terengganu.

Menurutnya, berpoligami bukan perkara mudah kerana suami perlu memiliki kemampuan dan kebijaksanaan, selain pemahaman agama yang boleh membantunya menguruskan hal-ehwal keluarga.

“Si suami akan menjadi pemimpin dalam keluarga, jadi dia harus mempunyai ilmu agama dan mengikut undang-undang perkahwinan di Terengganu.

“Kita menetapkan setiap lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada seorang perlu mendapatkan kelulusan mahkamah,” katanya.

1 comment:

  1. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?


    Jika Pemuda dan Puteri UMNO memilih untuk jadi LEMBU,...... Ahli2 UMNO yang sedang aktif atau hanya menjadi pemerhati di laman2 blog ini tetap akan membuat undi protes pada PRU akan datang... Walau apa jua alasannya, mereka tetap akan mengundi Pakatan Rakyat tanpa perlu berdolak dalik... Ini telah dibuktikan oleh Pemimpin2 UMNO sendiri perkara itu akan terjadi... Sabotaj calon UMNO secara total untuk kuburkan parti itu..


    Janji Ditepati - Pemuda Dan Puteri UMNO 'Budak Tolol' Dan 'Sampah Parti'

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~






    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    ReplyDelete