Monday, October 29, 2012

Sudan Minat Guna Kepakaran Felda - Isa Samad

Sudan berminat untuk menggunakan kepakaran teknologi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk dibangunkan di negara itu, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Sudan di Kuala Lumpur. "Duta Sudan datang menemui saya kerana mereka berminat mengenai konsep Felda diwujudkan," katanya kepada pemberita pada majlis korban dan penyampaian dividen Felda Global Venture Holding kepada peneroka wilayah Terengganu di Setiu semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata Pengurus Besar Felda, Faizoull Ahmad akan ke Sudan setelah diminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Isa berkata Dr Mahathir akan turut berada di negara tersebut untuk merasmikan persidangan ahli-ahli perniagaan Malaysia-Sudan pada 2 Nov ini.

No comments:

Post a Comment