Tuesday, October 2, 2012

CIDB Latih Lebih 54,000 Belia Dan Pekerja Binaan Di Terengganu

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Terengganu telah melatih 54,240 belia dan pekerja binaan di negeri itu bermula tahun 1999 hingga bulan lepas.

Pengarah CIDB Terengganu Ahmad Farrin Mokhtar berkata dari jumlah itu seramai 20,001 mengikuti latihan kemahiran personal/pekerja binaan, akreditasi personel/pekerja binaan (19,308) dan selebihnya mengikuti latihan kemahiran belia.

"Berdasarkan kajian lepasan pelatih (yang) telah dibuat, lebih 80 peratus daripada lebih 14,000 belia yang mengikuti latihan itu telah bekerja dalam bidang pembinaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji.
 "CIDB telah melatih mereka di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur di Kampung Jenagor, Kuala Berang yang ditubuhkan pada tahun 1999 dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan," katanya Jumaat (28 September2012).

Beliau berkata antara bidang kemahiran yang menjadi fokus CIDB Terengganu dalam menyediakan keperluan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi ialah industri minyak dan gas.

No comments:

Post a Comment