Monday, October 8, 2012

Ekonomi Terengganu - Pelancongan Alternatif Utama Ganti Petroleum


Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd Dagang menerima hadiah kemenangan yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said - Gambar oleh Zulkifli Putra.
Pelancongan merupakan alternatif utama bagi menggantikan petroleum sebagai teras kepada ekonomi Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata ekonomi Terengganu kini bergantung kepada petroleum yang satu hari nanti akan kehabisan dan oleh itu ia perlu bersedia bagi merancakkan aktiviti pelancongannya.

"Terengganu yang kaya dengan alam semula jadi yang menarik seperti pulau di luar pantai, tasik, air terjun selain keunikan kebudayaan mampu menambat pelancong untuk berkunjung.

Bot berhias MBKT yang menekankan beberapa keunikan termasuk logo Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, l layak membawa pulang wang tunai RM20,000.

"Kita jadikan kawasan itu sebagai pusat pelancongan sementara Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai tasik bebas cukai dan akan siap pada 2014 bakal menjadi sasaran utama untuk menarik pelancong ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pertandingan citra bot berhias sempena sambutan ulang tahun ke-50 keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Ahmad Said berkata pertandingan bot berhias itu merupakan perintis usaha kerajaan negeri menganjur acara pelancongan peringkat antarabangsa.

Sebanyak 14 bot mewakili jabatan dan agensi kerajaan serta swasta mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Majlis Bandaraya Kuala Terenganu muncul juara dengan menggondol hadiah wang tunai RM20,000 sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu di tempat kedua dan memenangi RM15,000 serta Pejabat Daerah Kemaman di tempat ketiga memperoleh RM10,000.

No comments:

Post a Comment