Monday, October 8, 2012

Terengganu Bantu Arkema Dari Perancis Perkukuh Kedudukan Di Asia

Perdana Menteri melakukukan gimik pelancaran loji di Kertih Sabtu lalu.
Pengeluar kimia utama Perancis, Arkema, mengunjurkan Loji Bio-Metionina dan Tiokimia baharu berharga RM2 bilion di Kertih, Terengganu, akan memberi sumbangan yang ketara kepada perolehan globalnya.

Naib Presiden Eksekutif Arkema, Marc Schuller, berkata syarikat itu kini hanya mempunyai loji pengeluaran di Eropah dan Asia dalam perniagaan tiokimia, dan lojinya di Taman Biopolimer Kertih yang mula beroperasi pada akhir 2013, merupakan loji tiokimia pertama di luar Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Amat jelas bahawa usaha kerajaan Terengganu bersama Majlis pembangunan wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) membantu Arkema bagi mengumpul lebih daripada 30 peratus jumlah perolehan dari Asia dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

 "Kami sudah menetapkan matlamat untuk mengumpul lebih daripada 30 peratus jumlah perolehan dari Asia dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 25 peratus pada masa ini, dan loji di Kertih akan memenuhi jurang itu," kata Schuller selepas majlis pecah tanah loji berkenaan yang dibangunkan pada kos RM2 bilion, Sabtu lalu.


Arkema membangunkan loji itu secara usaha sama dengan CJ CheilJedang, syarikat makanan, biosains dan makanan haiwan, dari Korea. Kemudahan bersepadu itu adalah yang pertama di dunia yang menggunakan proses penapisan bagi menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan.

Schuller berkata Malaysia dipilih sebagai pelaburan utama Arkema berdasarkan lokasinya yang strategik ke pasaran serantau, kemudahan infrastruktur yang baik, stok suapan selain persekitaran perniagaan serta insentif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CJ CheilJedang Kim Chul Ha dalam ucapannya pada majlis itu, berkata ia merupakan hari yang sangat penting bagi perniagaan BIO CJ dalam sejarah 45 tahun penubuhannya.

Ia meupakan permulaan baharu CJ, katanya.

"Pertama, Bio-Metionina merupakan projek utama pertama yang akan menentukan masa depan perniagaan BIO CJ dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Kedua, projek itu ialah projek usaha sama utama pertama bersama syarikat kimia yang disegani, Arkema," kata Kim.

No comments:

Post a Comment