Wednesday, October 17, 2012

Final Piala Malaysia: Tiket Dijual Mulai Khamis


Tiket final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijual mulai Khamis ini, di Stadium Shah Alam.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan mula dibuka mulai Khamis sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Manakala penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Katanya, FAM menyediakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan akhir dan setiap pasukan diperuntukkan 30,000 tiket.

"Seperti yang diputuskan awal musim lalu, tiket akan dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak," kata Hamidin ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola akhir Era Piala Malaysia 2012, semalam.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut berkata, mesyuarat memutuskan ATM sebagai tuan rumah manakala Kelantan pula pelawat.

"Penyokong ATM akan masuk memalui pintu A manakala Kelantan pula menggunakan pintu C yang akan dibuka mulai jam 4 petang.

"Pada masa sama, saya juga menasihatkan agar penyokong tidak membeli tiket pada saat-saat akhir kerana tiket amat terhad," katanya lagi.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment