Sunday, October 14, 2012

Harga Saham Turun Hanya Sementara - Isa Samad

Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad .

Beliau berkata, harga saham tersebut dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna.
\
"Situasi ini tidak membimbangkan kerana kelapa sawit merupakan bahan makanan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna," katanya pada Program Sihat Felda di Felda Lembah Klau dekat sini semalam.
Harga saham FGVH di pasaran adalah RM4.74 seunit semalam.

Isa berkata, pemegang saham FGVH mempunyai masa depan yang cerah kerana harga saham itu laris dan mendapat permintaan banyak daripada pelbagai pihak termasuk pelabur dari negara Arab yang ingin membelinya kerana ia boleh membawa keuntungan yang besar.

"Selepas saham ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan yang lalu, harganya sudah meningkat dan memberi keuntungan besar kepada pemegang saham.

No comments:

Post a Comment