Terengganu bakal menjadi negeri pertama mempunyai pusat khusus bagi merawat pesakit angin ahmar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Pusat Pemulihan 1Malaysia (PP1M) itu akan diwujudkan di Pejabat Umno Telaga Daeng, Seberang Takir dan dijangka beroperasi bulan depan.
"Dengan adanya pusat seperti itu, ia dapat membantu penduduk yang menghidapi angin ahmar untuk mendapat kemudahan khidmat pemulihan dan kembali menjalani proses kehidupan secara normal," katanya kepada pemberita pada majlis interaksi dan pelancaran unjam di Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP), Pantai Tok Jembal .
Turut hadir ialah Pengarah Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim dan Pengerusi KPEP, Aziz Mohd Ali.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata permohonan untuk mewujudkan PP1M telah mendapat perhatian positif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju meluluskan sejumlah peruntukan khas.
Kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan berjumlah RM150,000 untuk pembelian peralatan, katanya.
No comments:
Post a Comment