Thursday, October 11, 2012

Ibu, Tiga Anak Antara 6 Maut Nahas Di Kemaman


Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Meraga Beris di Kemaman, awal pagi semalam.

Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak-anak perempuannya Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4.

Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta berkenaan.

Dua lagi anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.



Pada malam sebelum kejadian suami kepada Noran, Norizan Othman, 49, menceritakan, beliau pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam Selasa selepas berniaga kuih di Kerteh,  isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.

 Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi Rabu, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinyabersama tiga anak mereka dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya itu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.

"Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.

"Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman semalam.

Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa hilang kawalan akibat muatan berlebihan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres berkenaan.

Beliau yang berada di Hospital Kemaman di mana mayat mangsa ditempatkan berkata rempuhan secara berhadapan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

 Semua mangsa berasal dari Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok. "Siasatan awal mendapati kereta itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan dengan bas ekspres berkenaan," kata Abdul Marlik.

 Beliau berkata pemandu bas ekspres tersebut bersama 23 penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kemalangan terletak di laluan yang lurus berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris dan menurut beberapa penduduk, di kawasan berkenaan memang sering berlaku kemalangan maut.

ementara itu, berkata beliau reda dengan ketentuan Illahi dan menambah jenazah ahli keluarganya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pauh selepas solat asar.

Beliau juga berkata pihak hospital memberitahu keda-dua anaknya yang sedang dirawat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan namun berada dalam keadaan stabil.

"Saya hanya akan menziarahi mereka selepas menguruskan urusan pengkebumian adik-adiknya di sini," katanya.

No comments:

Post a Comment