Friday, October 26, 2012

Isteri Menteri Besar Lawat Rumah Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi

 

Menteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud bersama beberapa ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) meluangkan masa melawat Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Teluk Ketapang, 24 Oktober lalu.

Ketibaan beliau dan ahli jawatankuasa Srikandi disambut meriah oleh hadirin yang hadir termasuk 20 penghuni Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.


Kunjungan pada kali ini untuk melawat anak-anak yatim dan mendekati masyarakat setempat yang merupakan antara aktiviti wajib Srikandi.

To’ Puan Seri Norliza turut mendengar taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi yang disampaikan oleh ketua rumah kebajikan Tuan Haji Abu Bakar Awang.

Pada majlis jamuan petang yang membuka peluang kepadanya untuk beramah mesra dengan orang ramai, To’ Puan Seri Norliza turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni pusat jagaan yang terdiri daripada lapan kanak-kanak perempuan dan 12 lelaki itu.

Penghuni yang ditemui rata-rata melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Srikandi yang sudi menjenguk dan menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Sebelum menamatkan kunjungan To’ Puan Seri Norliza dan ahli Srikandi sempat melawat blok kediaman yang menjadi tempat tinggal anak-anak yang kurang bernasib baik itu.

No comments:

Post a Comment