Friday, October 26, 2012

Kejohanan Antara Regu Piala Menteri Besar Mendapat Sambutan

Kejohanan Sepak Takraw antara regu merebut Piala Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendapat sambutan apabila 46 regu akan berentap pada 2-3 Nov ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) Mohd Shapian Ali berkata setelah permohonan ditutup semalam, daripada keseluruhan pasukan, 26 regu adalah dari luar Terengganu.

"Ini julung kali kejohanan ini diperkenalkan dan kita tidak jangka sambutan pasukan dari luar Terengganu begitu hebat," katanya hari ini.

 Mohd Shapian berkata setakat ini pasukan luar dari Terengganu seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Beliau berkata hadiah yang ditawarkan juga menarik iaitu RM5,000 untuk juara, naib juara RM3,000, tempat ketiga/keempat RM1,000 manakala pasukan yang kalah di peringkat suku akhir masing-masing menerima RM200.26 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment