Monday, October 29, 2012

JUST Mulakan Langkah Menjadikan Besut Sebagai Daerah Pendidikan


Besut tidak pernah dipinggirkan dalam arus pembangunan sebaliknya satu masa ia akan muncul sebagai daerah pendidikan terkemuka di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata antara usaha penting merealisasikan menjadkan daerah pendidikan ialah kesedaiaan Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST), sebuah universiti terbesar di Jordan dengan lebih 22,000 penuntut akan membuka kampus cawangannya di Bukit Keluang, Besut pada September tahun depan.


Katanya, universiti tersebut menyatakan persetujuan untuk membuka cawangannya bagi pengajian dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Dengan penubuhan JUST itu, ia akan membuka peluang pembelajaran bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah penduduk di rantau Asia Tenggara.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah meluluskan penggunaan bangunan Kolej Imtiiaz di Bukit Keluang yang sebelum ini dicadang untuk pelajar Imtiaz sebagai kampus universiti berkenaan,” katanya di Besut, semalam.

Beliau menyatakan demikian selepas menyertai Majlis Korban Perdana anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut, semalam.

Beliau berkata, pelajar dari Jordan akan belajar di universiti itu untuk tempoh dua semester, manakala pelajar dari Asia Tenggara termasuk Malaysia pula akan meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat ijazah pertama.

Melalui usaha ini, Besut akan dijadikan pusat ilmu selaras dengan pelbagai kemudahan yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah itu selepas Dungun yang sudah dilahirkan sebagai Daerah Pendidikan.

Selain itu, katanya, Taman Ilmu yang dibina di Bukit Dendong, di kawasan DUN Kota Putera, satu lagi mercu tanda kepada pembangunan pendidikan daerah Besut dan apabila siap ia akan menempat pelbagai kolej universiti dari seluruh dunia.

Beliau berkata, bagi mempercepatkan kerja pembinaan komponen Taman Ilmu ia akan dilakukan oleh syarikat dari Korea dan berharap ia dapat disiap sepenuhnya pada akhir tahun 2013.

No comments:

Post a Comment