Terengganu bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Tahunan Veteran UMNO ke-5 yang dijadualkan berlangsung di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu pada 9 hingga 11 November ini.
Ahli Jawatankuasa Veteran UMNO negeri, Puan Rokiah Jusoh, berkata lima orang veteran dipilih dari setiap bahagian dan dianggarkan kira-kira 500 orang dari seluruh Malaysia akan hadir pada mesyuarat agung kali ini.
“Tujuan utama mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta berkongsi pengalaman antara sesama ahli.
“Pada tahun lepas, Perak telah menjadi tuan rumah dan pihak kami sangat berbangga kerana dapat memperkenalkan Terengganu kepada rakan-rakan veteran yang bakal hadir nanti,” ujarnya ketika ditemui Teganukita selepas mesyuarat jawatankuasa pengelola peringkat negeri, semalam.
Katanya, mesyuarat jawatankuasa pengelola yang diadakan adalah untuk membincangkan mengenai perkara-perkara berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan Veteran UMNO 2012 agar pada hari kejadian nanti semuanya berjalan lancar.
Menurut Puan Rokiah, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti untuk veteran yang hadir antaranya jamuan makan dan mereka akan dibawa melawat sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
“Dalam perkembangan lain, ahli veteran UMNO Terengganu yang keahliannya terbuka kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas sentiasa membantu jentera parti yang lain dalam memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berpihak kepada Barisan Nasional (BN),” tambahnya
Teganukita
No comments:
Post a Comment