Sunday, October 28, 2012

Kampung Lapan Kotak Terima Masjid Wakaf Pertama Di Besut

Idris pada majlis Korban Perdana Peringkat DUN Jertih kelmarin. Sepuluh ekor lembu yang disediakan Pejabat Pejabat Pelyelaras DUN dan Karangkraf dikorban untuk diangihkan kepada fakir miskin sekitar DUN Jertih.
Kampung Lapan Kotak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih akan menjadi kampung pertama di daerah ini menerima masjid yang dibina secara wakaf menerusi sumbangan masyarakat.

Anggota DUN Jertih Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerja tanah meliputi kawasan seluas tiga hektar bagi membina masjid bernilai RM3 juta itu sudah siap.

Masjid rakyat ini akan dibina dengan mengikut seni bina Islam dari Rusia dan boleh menampung 500 jemaah apabila siap kelak, katanya kepada media selepas merasmikan majlis korban perdana membabitkan 10 ekor lembu, di kampung itu, semalam.

Katanya antara ciri istimewa masjid itu ialah mempunyai lapan kubah, bersesuaian dengan nama kampung. Menurutnya pihak jawatankuasa masjid masih menerima sumbangan orang ramai yang berhasrat menderma untuk pembinaan masjid tersebut.

Pembinaan masjid ini adalah bagi menggantikan masjid lama di kampung ini yang sudah berusia lebih 20 tahun, katanya.

Pada majlis itu Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu mengagihkan daging korban kepada penduduk yang hadir selain menyampaikan bantuan basikal kepada 100 pelajar, 250 beg sekolah dan sumbangan duit raya kepada golongan miskin.

No comments:

Post a Comment