Tuesday, October 2, 2012

Kerajaan Digesa Wujudkan Garis Panduan Pembelian Guna Baucar Buku 1Malaysia

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa kerajaan mewujudkan garis panduan mengenai pembelian bahan bacaan yang dibenarkan menggunakan baucar buku 1Malaysia bagi memastikan ia mempunyai faedah daripada segi akademik.

Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad berkata ini kerana kebanyakan pelajar menggunakan baucar bernilai RM250 itu bagi membeli bahan bacaan ringan termasuk novel percintaan.

"Masih tiada satu garis panduan mengenai penggunaan baucer buku itu untuk rujukan kedai buku, universiti dan pelajar.

"Pemberian baucer buku ini sangat tepat pada masanya, namun Gagasan melihat perlu adanya pemantauan terutama dari kedai buku dan pihak universiti supaya pelajar hanya dibenar membeli bahan bacaan ilmiah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selpas majlis ramah mesra Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Zainal Abidin (Unisza) di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment