Tuesday, October 2, 2012

Karnival Bakat 'My Gempak' Di Kuala Ibai Sehingga Sabtu Ini

Karnival Bakat 'My Gempak' anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu di Auditorium JKKN Kuala Ibai di sini akan berlangsung sehingga Sabtu ini

Pengarah JKKN Terengganu Zahari Mamat berkata karnival yang bermula semalam itu bertujuan mencungkit bakat pelbagai cabang seni antaranya lakonan, nyanyian dan tarian.

"Setakat ini sambutan yang amat menggalakkan kita terima daripada peserta negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan," katanya smalam.

Beliau berkata pemenang pada peringkat ini akan mewakili Zon Timur untuk ke pertandingan seterusnya.

No comments:

Post a Comment