Sunday, October 7, 2012

Kerajaan Dirayu Kawal Harga Susu Formula Bayi

Pengguna terutama ibu bapa meminta supaya susu formula bayi turut dijadikan barangan kawalan bagi mengawal harganya yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Mereka bimbang sekiranya pihak pengeluar dibiarkan menaikkan harga sesuka hati, ia akan menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa memilih susu yang kurang berkualiti untuk bayi mereka.

Seorang suri rumah Azila Awaludin, 35, berkata, beliau amat risau dengan harga susu formula bayi yang tidak menentu di pasaran.

"Suami saya bukannya berpendapatan tinggi dan keadaan ini memaksa saya memilih susu formula bayi yang paling murah bagi anak saya. "Saya juga kasihan dengan golongan miskin terutama yang mempunyai anak yang ramai dan tidak mampu membeli susu bayi yang mahal,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbang langkah untuk mengawal kenaikan harga susu formula bayi agar tidak membebankan pengguna di samping menentukan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat memberikan susu yang berkhasiat untuk bayi mereka.

No comments:

Post a Comment